Click Click

Monday, February 15, 2016

Yogyakarta, Indonesia (6-10 Nov 2015) Part 1

Assalamualaikum semua,

Hari ni tuan blog nak share itinerary/experience kat Jogja.

Kita start dengan harga ticket flight. Of course la kita beli ticket Air Asia kan. Saya beli ticket tu bulan May 2015. Ticket sahaja MYR285 (takde meal/luggage). Campur dua2 tu dalam MYR370 mcm tu lah. Menyesal pulak tak tulis awal2, sebab nya tak berapa ingat sgt. Tapi tuan blog akan cuba sedaya upaya tulis apa yg ingat.

Saya pergi trip kali ni dengan kawan sekolah. Miera, Nadia (adik Miera) & Pika (junior uni Miera). Total 4 orang (masuk tuan blog). Terus terang cakap tuan blog ni takde google sgt pun nk pegi Jogja sebab nya Miera dah pernah pegi tahun 2014. Lagipun, ktorg ni ada kawan kat Jogja, tgh belajar medic kat sana. So apa-apa tak tahu, boleh cari doctor tu. Hihi. Kira ktorg dah ada byk advantage kat situ lah.

Yogyakarta ni very peaceful town compared to hectic Jakarta. Kira mcm town Ipoh gitu. Kat sini tak ada la sgt antara dua darjat. Kalau siapa-siapa pernah pegi Jakarta especially akan nampak maid ikut belakang majikan dukung anak. Kat Jogja ni tuan blog tak nampak pun (maybe ada, tapi tuan blog ni rabun so tak bape nampak)

Ktorg survey hotel dekat dgn famous Jalan Malioboro.  Sini la tempat nak beli semua souvenir tshirt, key chain, kain pasang. Makan pun senang gak nak dapat kat sini. Jalan Malioboro ni panjang dan ada Mall, Kalau nak naik kereta kuda ke beca ke dekat sini lah. Kraton pun dekat gak dgn Jalan Malioboro ni, tapi agak jauh kalau nk berjalan kaki. Panjang nau cite pasal Jalan Malioboro nya. Okay, back to our hotel.

Hotel yg betul-betul satu jalan dgn Malioboro ni agak mahal lah. Disebabkan nak save duit kan, ktorg cari yg berdekatan. dalam 15 min berjalan kaki. So ktorg dapat lah, Edu Hostel . Ada yang dorm, bilik 2 orang dgn bilik 4 orang. Ktorg ambil bilik 4 orang. Total dalam 4 malam dalam 1.8 juta rupiah. Breakfast free. Tapi korg jangan ingat pulak dapat breakfast ala hotel 5 bintang. Ada 1 menu je 1 hari. Hostel ni kira backpackers style la. Wifi kat Edu Hostel ni dekat lobi sahaja. Katil dalam hotel ni double deck, tapi bukan jenis tangga yg straight tu. Tangga katil tu mcm tangga rumah. Not bad, Katil yg bawah tu muat 3 orang, sebab katil king. Tapi satu aje slack kat sini, lampu dalam bilik ke toilet ke semua senduuu. Romantic betul. Haha


6 Nov (Jumaat)
9.40am -Flight to Jogja from KLIA2

11.40 - Selamat sampai di Yogyakarta
Ada 2 option nak ke town; bus or teksi
Ktorg sampai airport, terus naik teksi. Takde tanya pulak berapa kannnnnn. Terus diketuk 150 ribu. Adudui sgt.. Paling murah boleh dapat 75 ribu dari hotel ke airport. Sila tanya sebelum naik. Jgn buat salah mcm ktorg ni.

Sampai Edu Hostel. Still tak boleh check in. Drop beg jer lepas tu ktorg berjalan la ke Jalan Malioboro. First day ni, still tak familiar jalan kan. So, ktorg pusing lah jauh. Otw nak ke Jalan Malioboro ni singgah makan nasi padang.

Sampai Jln Malioboro. Sepanjang jalan ni penuh orang jual barang. Dekat jalan tu ada pasar Biharjo. Dekat dalam pasar ni rasa nya harga murah sikit compared kat luar tu. Kalau rajin kebelakang lagi, lagi la murah. Tawar sampai lebam. Tapi jgn tawar habis-habisan korang tak beli plak. Memberi harapan palsu plak dekat org jual tu

Kalau boleh dtg Jogja ni bawak la kipas electric. Sebab sini tersangatlah panas

7 Nov (Sabtu)
Candi Prambanan. Tambang teksi dari Hotel ke Candi Prambanan - 150 ribu (one way). Ktorg mintak supir belikan tiket masuk ke sini. Local people dapat murah. 35 ribu/person. Kalau orang asing tak ingat pulak berapa. Tapi ratus-ratus ribu. Dekat sini candi nya banyak & tinggi, tapi candi nya tak besar. Ktorg pegi tgk candi yg 4-5 dalam satu kawasan. Tahun 2006 kan gempa bumi dekat sini. Ada binaan yang dah jatuh. Sampai hari ni proses membaik pulih masih berjalan. Panas lit lit okay, walaupun ktorg keluar awal (eh lupa matahari sini terbit awal). Lepas penat mandi peluh tgk candi2 tu, ktorg keluar and naik mcm mini bus. Kena bayar tak sampai 5 ribu pun, dia akan bawak pusing tgk candi-candi area situ. Kalau nk jalan memang penat, sebab kawasan luas.

Lepas keluar dari kawasan candi ni, sebelum ke parking. Akan ada banyakkkk kedai jual souvenir, dekat sini keychain boleh dapat murah. Kat sini lah tuan blog borong beg I Love Yogyakarata 5 piece 100 ribu. If korang minat kumpul any kenderaan yg diukir dari kayu dekat sini ada byk dan agak murah.

Dari candi prambanan ni ktorg nak ke Kraton. Candi prambanan ni kira dh cross town ke sebelah sana. Contoh, kita amek Jalan Malioboro as Bukit Bintang, Candi Prambanan ni dekat Klang. Lebih kurang lah, Kat sini kalau korg takde janji dgn teksi tadi suruh tunggu. Memang dorg tak tunggu dan sangatt susah nk dapat teksi. Dari candi ni ktorg berjalan dalam 1km nak ke bus stop. Bus stop kat sini special sikit. Bus stop ala2 BRT, Kena berhenti kat bus stop dia je, sebab korg tak boleh panjat naik bus tu kalau bukan kat bus stop dia. 3700 rupiah/person dari Candi Brobodur sampai ke Jalan Malioboro. sangat beza kan tambang bus dgn teksi.

Dari Jalan Malioboro ni ktorg naik beca nak ke kraton. So, orang2 beca ni bijak lah nak scam ktorg. Terkena gak sini. 20 ribu / 30 ribu 1 beca nk ke 4 tempat. Kraton, kedai bakpia (kuih local yang sgt sedap), tempat jual tshirt yang mahal giler & taman pintar (syurga buku). So ktorg naik lah 2 beca, pegi kedai bakpia, kedai tshirt lepas tu kraton. Sampai dekat kraton ni lah muncul scam dia. Ada ke dia kata dorg tak boleh nk tunggu sebab nya nanti orang beca lain yang memang tunggu kat situ marah. Dorg patut tahu yang org beca situ marah sebab tggu customer. So diorg mintak bayar sebab dorg nk cabut dari situ. Hangin je ktorg time ni.

Masuk ke Kraton ni takde la mahal sgt. 4 orang dgn 1 camera tak smpy 50 ribu pun. So ktorg masuk sempat tgk wayang kulit kejap. Pusing2 tgk muzium. Tapi sini dalam muzium tu dorg tak bukak aircon. Lemas lama2 dudu dalam tuuuu. Kat sini sempat la duduk rehat sebab nya hujan and masa tu aku sakit kepala yg sgt teruk. Panas sgt.

Keluar kraton ni ktorg naik beca ke taman pintar (syurga buku). Dalam 20 ribu/beca. Sebenarnya aku kesian dekat pak cik bawak beca ni. aku kan gemuk. penat mengayuh. Kat taman pintar ni Nadia mmg memborong buku. Lepas beli buku ktorg makan dekat mall belakang taman pintar ni. Tak igt pulak ape nama mall ni. Mall kecik je. Makan bakso + juice alpokat 25-30 ribu gitu lah.

Ktorg igt Kraton ni dekat je dgn Jalan Malioboro tu. Tapi ketibas la gak berjalan kan. Nasib cuaca masa tu redup jer and sedap berjalan. Mula-mula igt mcm sesat. Tapi ktorg redah je ke depan. Lepas tu jumpa la Malioboro Mall tu. Ahhhh, lega. Masuk dalam sebab nya aku teringin J.Co donut. Sekali 3 orang ni terjebak tgk beg kulit. Lama gak dorg dalam mall ni. Setengah jam - 1 jam gitu lah.

Dah petang, bat pun dh weak kan. Tak kuasa nk jalan balik hotel. Ktorg try lah nak naik kereta kuda. Sekali kereta kuda ni nak caj 100 ribu. Mahal oiiiii. Lepas tu aku tahan teksi mpv, 10 ribu/person. Baik naik teksi dari naik kuda tu.


To be continue....

No comments:

Post a Comment